Sunday, 27 October 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi yang hanya pinjaman sementara. Masih merenung memikirkan amalan-amalan  diriku ini tapi Allah aku masih kerdil,  rasa masih belum mencukupi masih  banyak yang perlu dipelajari. Kuatkan hati hamba Mu ini, bantu hambuMu ini Ya Allah bimbinglah hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku insan yang kerdil. :'( 

Saat mendengar lagi  Taubat Seorang Hamba, air mataku berlinangan, hatiku tersentuh. Cuba hayati liriknya, sangat mendalam sangat menyentuh dan menimbulkan keinsafan pada diri ini yang kerdil. 


Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa

Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini

Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan

Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

Saturday, 6 April 2013

Assalamualaikum

Setelah sekian lame saya tak update kisah saya, hari saya terpanggil-panggil untuk berkongsi kisah saya. 

Ya Allah, indah sungguh mimpi pada malam itu. Aku dapat merasakan nikmatnya berada di tanah suci. Tiba-tiba aku rasa rindu untuk ke sana sedangkan semuanya hanya mimpi. Apa maksud mimpiku itu? Ya Allah adakah ianya satu petunjuk? Andai kata aku salah satu tetamu Mu Ya Allah, aku minta di permudahkan segala urusan. Amin

Kisah ini aku kongsi dengan ma, kakak. Ma pesan, insyaAllah ada rezeki sampai juga kita ke sana. Tanpa aku sedari airmata aku mencurah-curah keluar. Mungkin juga air mata kegembiraan kerana dapat merasakan keadaan di sana walaupun mimpi dan mungkin juga air mata  kesedihan sebab ianya hanya mimpi. Sebak hati ini saat menceritakan pada ma hanya Allah saja yang tahu. Tiba-tiba aku menjadi emosi pada malam itu. Ya Allah mungkin juga ianya satu petunjuk untuk aku berubah. 
IsnyaAllah perlahan-lahan aku akan ubah diri ku agar daripada baik kepada lebih baik, mungkin tidak secara drastik tapi insyaAllah aku akan cuba. Aku berharap sangat aku akan istiqamah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, 21 November 2012

Malam yang syahdu

Assalamualaikum

Syahdunye lagu-lagu Opick, lirik lagu Opick pon sangat bermakna bagi saya
kadang-kadang lagu Opick boleh buat kita muhasabah diri kita
Setiap lirik yang ada dalam lagu-lagu Opick memang sangat bermakna bagi saya
Timbul keinsafan dalam diri
Ya Allah, bukakanlah pintu hamba mu ini
Tunjukkan lah hamba mu ini ke jalan yang di redhai.



KISAH DULU KALA



tiba-tiba aku teringat dia.
kenapa? dan kenapa?

Monday, 5 November 2012

SAHABAT

Assalamualaikum

memang sukar nak mencari kawan susah senang sama-sama...
tapi Alhamdullillah saya masih ada kawan-kawan yang juga kekuatan bagi saya....
saya mengharapkan terbaik untuk saya dan SAHABAT saya...
friendship until jannah. Amin

Monday, 16 April 2012

Tak Pe Tak Kisah

Assalamualaikum
Takpe2, tak kisah. Tu ayat yang selalu aku guna. Memang dari dulu sampai sekarang aku masih guna ayat tu lagi. Memang aku ni jenis tak kisah orang nya, ma aku pun penah bgtwu dalam rmai2 anak dia aku yang paling "slow" ckit kot. I mean bkn slow tettt okey, tapi jenis tak kisah. Kadang-kadang ma aku risau juga kalau2 aku ni kene ambil ksempatan dek orang. Ayat aku kat ma, tak pe la ma, orang tak kan m'bls nya. Tapi orang percaye, mereka2 akan t'bls.Orang tak berkuasa ma nk hukum org2 lain ni, Tuhan lebih berkuasa. Sekian..

Tuesday, 6 March 2012

Pesan Abah

Assalamualaikum

Tepat jam 6.30 petang aku selamat sampai rumah abang aku di Manjung. Nak dijadikan cerita, abah aku kerja pagi tadi so aku tak sempat nak mesra2 sangat dengan abah. Jadi abah aku pun kol, antara pesanan abah :
        1. Suruh abang bawak keta slow2 je, utamakan keselamatan.
        2. Abah bagitahu "jange nok gewe2, ingat pese abah, malu sikit ko abah".
        3. Belajar sungguh2 jangan nak pkir benda bukan2.
        4. Jaga dirI.  
Antara pesanan2 tu yang paling abah aku tekankan mase cakap tu yang no 2. Okey abah, anakmu mnurut perintah. Orang tak pikir semua2 tu. Kalau abah nak tau orang mane pndai cinta cintun ni. Orang percaye satu hari nanti mesti ade jugak pemimpin yang dapat membimbing orang bukan hanya mengejar kebahagiaan dunia malahan akhirat. Orang impikan suami yang soleh abah. Kalau abah nak tolong carikan pon tak pe. Sebab orang percaya pilihan orang tua lebih baik daripada pilihan sendiri. Tapi sebelum tu orang nak abah ma beri peluang dulu untuk orang cuba mencari jodoh sendiri. Andai kata pilihan orang tidak sebaik pilihan abah ma, orang terima. Orang sentiasa berpegang pada ayat ni "jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T.