Thursday 9 February 2012

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum

Saya berminat untuk berkongsi sedikit berkenaan hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."
"Sesungguhnya hari Jummat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah." Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yang memeluk Agama Islam pada zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat selamat, selamat hari yang baik". Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pada mereka yang mempunyai isteri bersatu pada malam itu.
Alhamdulillah dengan izinNya masih bernafas lagi saya untuk meneruskan hari berganti hari. Bersyukur tidak terhingga dengan kesempatan yang diperoleh ini. Semoga diberi kesempatan untuk meneruskan hari-hari yang akan datang. Amin..


 

Tuesday 7 February 2012

Kecelaruan emosi

Assalamualaikum
Akhir-akhir ni aku asyik kecelaruan emosi ja. Tiba-tiba rasa sedih, nak nangis pon ade tanpa sebab atau ada sebab yang mungkin aku sendiri tak tahu. Bila sedih aje terus terfikir ma abah kat rumah. Abah ma orang rindu ma abah. Orang nak cepat-cepat balik, orang nak abah ma ade depan mata orang sekarang ni. Setitik demi setitik air mataku keluar bercucuran tanpa disedari. Ya Allah tabahkanlah hati hamba-Mu ini, kuatkan semangat hamba-Mu ini Ya Allah.