Wednesday 21 November 2012

Malam yang syahdu

Assalamualaikum

Syahdunye lagu-lagu Opick, lirik lagu Opick pon sangat bermakna bagi saya
kadang-kadang lagu Opick boleh buat kita muhasabah diri kita
Setiap lirik yang ada dalam lagu-lagu Opick memang sangat bermakna bagi saya
Timbul keinsafan dalam diri
Ya Allah, bukakanlah pintu hamba mu ini
Tunjukkan lah hamba mu ini ke jalan yang di redhai.



KISAH DULU KALA



tiba-tiba aku teringat dia.
kenapa? dan kenapa?

Monday 5 November 2012

SAHABAT

Assalamualaikum

memang sukar nak mencari kawan susah senang sama-sama...
tapi Alhamdullillah saya masih ada kawan-kawan yang juga kekuatan bagi saya....
saya mengharapkan terbaik untuk saya dan SAHABAT saya...
friendship until jannah. Amin

Monday 16 April 2012

Tak Pe Tak Kisah

Assalamualaikum
Takpe2, tak kisah. Tu ayat yang selalu aku guna. Memang dari dulu sampai sekarang aku masih guna ayat tu lagi. Memang aku ni jenis tak kisah orang nya, ma aku pun penah bgtwu dalam rmai2 anak dia aku yang paling "slow" ckit kot. I mean bkn slow tettt okey, tapi jenis tak kisah. Kadang-kadang ma aku risau juga kalau2 aku ni kene ambil ksempatan dek orang. Ayat aku kat ma, tak pe la ma, orang tak kan m'bls nya. Tapi orang percaye, mereka2 akan t'bls.Orang tak berkuasa ma nk hukum org2 lain ni, Tuhan lebih berkuasa. Sekian..

Tuesday 6 March 2012

Pesan Abah

Assalamualaikum

Tepat jam 6.30 petang aku selamat sampai rumah abang aku di Manjung. Nak dijadikan cerita, abah aku kerja pagi tadi so aku tak sempat nak mesra2 sangat dengan abah. Jadi abah aku pun kol, antara pesanan abah :
        1. Suruh abang bawak keta slow2 je, utamakan keselamatan.
        2. Abah bagitahu "jange nok gewe2, ingat pese abah, malu sikit ko abah".
        3. Belajar sungguh2 jangan nak pkir benda bukan2.
        4. Jaga dirI.  
Antara pesanan2 tu yang paling abah aku tekankan mase cakap tu yang no 2. Okey abah, anakmu mnurut perintah. Orang tak pikir semua2 tu. Kalau abah nak tau orang mane pndai cinta cintun ni. Orang percaye satu hari nanti mesti ade jugak pemimpin yang dapat membimbing orang bukan hanya mengejar kebahagiaan dunia malahan akhirat. Orang impikan suami yang soleh abah. Kalau abah nak tolong carikan pon tak pe. Sebab orang percaya pilihan orang tua lebih baik daripada pilihan sendiri. Tapi sebelum tu orang nak abah ma beri peluang dulu untuk orang cuba mencari jodoh sendiri. Andai kata pilihan orang tidak sebaik pilihan abah ma, orang terima. Orang sentiasa berpegang pada ayat ni "jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T.

Thursday 9 February 2012

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum

Saya berminat untuk berkongsi sedikit berkenaan hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."
"Sesungguhnya hari Jummat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah." Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yang memeluk Agama Islam pada zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat selamat, selamat hari yang baik". Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pada mereka yang mempunyai isteri bersatu pada malam itu.
Alhamdulillah dengan izinNya masih bernafas lagi saya untuk meneruskan hari berganti hari. Bersyukur tidak terhingga dengan kesempatan yang diperoleh ini. Semoga diberi kesempatan untuk meneruskan hari-hari yang akan datang. Amin..


 

Tuesday 7 February 2012

Kecelaruan emosi

Assalamualaikum
Akhir-akhir ni aku asyik kecelaruan emosi ja. Tiba-tiba rasa sedih, nak nangis pon ade tanpa sebab atau ada sebab yang mungkin aku sendiri tak tahu. Bila sedih aje terus terfikir ma abah kat rumah. Abah ma orang rindu ma abah. Orang nak cepat-cepat balik, orang nak abah ma ade depan mata orang sekarang ni. Setitik demi setitik air mataku keluar bercucuran tanpa disedari. Ya Allah tabahkanlah hati hamba-Mu ini, kuatkan semangat hamba-Mu ini Ya Allah.

Wednesday 25 January 2012

mALam Sedih :(

Assalamualaikum

Tiba-tiba malam ini aku terasa sedih sangat-sangat. Tak tahu kenapa rase macam sebak pon ade. Agak kecewa pon ade. Hampa hang tau x!! Chill.. Aku seorang yang kuat, Arrahmah kau cool bebeh. Aku memang susah sangat nak sedih-sedih ni melainkan sebab keluarga tambah-tambah  "my abah". Tapi malam ni aku rase sedih tanpa sebab or sebab?? Xpe la. Lupakan. Bye2.


Sunday 22 January 2012

Keletah anak buah kesayangan Uteh

Assalamualaikum
Letih melayan kerenah anak-anak buah uteh nim. Abg long nk 2, abg nk ni, kakak nk 2 ni...Sorang suke b'ckp, sorang suke main2, sorang lg plk suke3. Nasib Uteh korang ni penyayang. Seronok layang anak2 buah, ni tak sabar nk tnggu adik blik. Naniaaa, nania yg comel nania yg cute, nania yg manjaa.

Thursday 19 January 2012

Balik kAmpung...yeahhh

Assalamualaikum

Esok hari yang d'nanti2. Habis je kelas terus balik Lumut. Hari sabtu bru blik kg kesayangan KELANTAN. Rindu abah, rindu ma, rindu kak, rindu adik, rindu ank buah, rindu kawan, rindu SOMEONE?? opss..tak de nye, pokoknye rindu semua2 la. Kb Mall..Parkson..Giant..Billion..Ipoh Parade ??*bukan Perak daa*  tunggula kedatanganku!! Yang pasti balik ni aku nk mkn mkn dan mkn makan makangg make.

 

Saturday 7 January 2012

happy blogging:-)

                                                  Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah akhirnya dapat jgk aku buat blog ni. Actually aku dah lme nk buat blog ni tapi asyik postpone aje maklum la *org bzy*. Tujuan aku buat blog ni hanya ingin meluahkan isi hati aku daripada perasaan kepada perkataan, ecece ayat.