Wednesday 28 May 2014

Jodoh?



Perbualan aku dengan ma, mak cik. 

Ma : Kalu boleh ma nak sore menantu ma ustaz.
Aku : Ala ma, nok cari kat mano ustaz tu ma.
Mak Cik N : Dengar tuh ma nak ustaz, ustaz tak semestinya 24 jam pioh atas kepala, sekurang-kurangnyo dia ada asas agama, boleh bimbing kita, sentiasa ingatkan kita benda-benda baik.
Ma : Yelah kalu buleh sore menantu ma, ma nok hok gituh.
Aku : Ma tolonglah cari.

*Sememangnya kita tidak akan tahu sapa bakal jodoh kita kerana jodoh itu rahsia Allah. Aku sendiri pon tidak sabar untuk mengetahui siapakah pemilik tulang rusuk. Siapakah yang bakal menjadi imam kepada ku dan bapa kepada anak-anakku kelak. 



Tuesday 27 May 2014

ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, masih diberi kesihatan tubuh badan, masih diberi peluang untuk menghirup udara segar, masih diberi peluang melihat dan bersama-sama keluarga tersayang merangkap nyawaku, masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. 
Allah masih memberi pinjam kepadaku nyawa untuk mengejar amalan, namun apakah amalam ku sudah cukup? Kadangkala aku leka, ye aku leka kerana aku manusia biasa. Namun aku sedar,  aku tersedar dari lamunan, aku muhasabah diri. Aku cuba perbaiki diri, aku masih belum sempurna namun aku pelajari daripada ketidaksempurnaan dalam diri. Aku berharap aku akan terus istiqamah. Apa yang aku impikan untuk menjadi muslimah sejati. Insha Allah.

Sunday 24 November 2013


Jodoh

Walau sehebat mana cinta kita pada seseorang, tapi kalau tak ada jodoh, tak guna juga. Jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan Yang Maha Esa.

Walau sehbat mana benci kita pada seseorang, tapi kalau ada jodoh, nanti bersatu juga. Lagi sekali, kerana jodoh dan pertemyan semua di tangan Tuhan Yang Maha Esa.

Kita tak boleh jangka sapa jodoh kita. Namun Tuhan dan tentukan yang terbaik untuk kita. 




Sunday 27 October 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi yang hanya pinjaman sementara. Masih merenung memikirkan amalan-amalan  diriku ini tapi Allah aku masih kerdil,  rasa masih belum mencukupi masih  banyak yang perlu dipelajari. Kuatkan hati hamba Mu ini, bantu hambuMu ini Ya Allah bimbinglah hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku insan yang kerdil. :'( 

Saat mendengar lagi  Taubat Seorang Hamba, air mataku berlinangan, hatiku tersentuh. Cuba hayati liriknya, sangat mendalam sangat menyentuh dan menimbulkan keinsafan pada diri ini yang kerdil. 


Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa

Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini

Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan

Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

Saturday 6 April 2013

Assalamualaikum

Setelah sekian lame saya tak update kisah saya, hari saya terpanggil-panggil untuk berkongsi kisah saya. 

Ya Allah, indah sungguh mimpi pada malam itu. Aku dapat merasakan nikmatnya berada di tanah suci. Tiba-tiba aku rasa rindu untuk ke sana sedangkan semuanya hanya mimpi. Apa maksud mimpiku itu? Ya Allah adakah ianya satu petunjuk? Andai kata aku salah satu tetamu Mu Ya Allah, aku minta di permudahkan segala urusan. Amin

Kisah ini aku kongsi dengan ma, kakak. Ma pesan, insyaAllah ada rezeki sampai juga kita ke sana. Tanpa aku sedari airmata aku mencurah-curah keluar. Mungkin juga air mata kegembiraan kerana dapat merasakan keadaan di sana walaupun mimpi dan mungkin juga air mata  kesedihan sebab ianya hanya mimpi. Sebak hati ini saat menceritakan pada ma hanya Allah saja yang tahu. Tiba-tiba aku menjadi emosi pada malam itu. Ya Allah mungkin juga ianya satu petunjuk untuk aku berubah. 
IsnyaAllah perlahan-lahan aku akan ubah diri ku agar daripada baik kepada lebih baik, mungkin tidak secara drastik tapi insyaAllah aku akan cuba. Aku berharap sangat aku akan istiqamah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday 21 November 2012

Malam yang syahdu

Assalamualaikum

Syahdunye lagu-lagu Opick, lirik lagu Opick pon sangat bermakna bagi saya
kadang-kadang lagu Opick boleh buat kita muhasabah diri kita
Setiap lirik yang ada dalam lagu-lagu Opick memang sangat bermakna bagi saya
Timbul keinsafan dalam diri
Ya Allah, bukakanlah pintu hamba mu ini
Tunjukkan lah hamba mu ini ke jalan yang di redhai.



KISAH DULU KALA



tiba-tiba aku teringat dia.
kenapa? dan kenapa?