Sunday 24 November 2013


Jodoh

Walau sehebat mana cinta kita pada seseorang, tapi kalau tak ada jodoh, tak guna juga. Jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan Yang Maha Esa.

Walau sehbat mana benci kita pada seseorang, tapi kalau ada jodoh, nanti bersatu juga. Lagi sekali, kerana jodoh dan pertemyan semua di tangan Tuhan Yang Maha Esa.

Kita tak boleh jangka sapa jodoh kita. Namun Tuhan dan tentukan yang terbaik untuk kita. 




Sunday 27 October 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi yang hanya pinjaman sementara. Masih merenung memikirkan amalan-amalan  diriku ini tapi Allah aku masih kerdil,  rasa masih belum mencukupi masih  banyak yang perlu dipelajari. Kuatkan hati hamba Mu ini, bantu hambuMu ini Ya Allah bimbinglah hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku insan yang kerdil. :'( 

Saat mendengar lagi  Taubat Seorang Hamba, air mataku berlinangan, hatiku tersentuh. Cuba hayati liriknya, sangat mendalam sangat menyentuh dan menimbulkan keinsafan pada diri ini yang kerdil. 


Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa

Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini

Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan

Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

Saturday 6 April 2013

Assalamualaikum

Setelah sekian lame saya tak update kisah saya, hari saya terpanggil-panggil untuk berkongsi kisah saya. 

Ya Allah, indah sungguh mimpi pada malam itu. Aku dapat merasakan nikmatnya berada di tanah suci. Tiba-tiba aku rasa rindu untuk ke sana sedangkan semuanya hanya mimpi. Apa maksud mimpiku itu? Ya Allah adakah ianya satu petunjuk? Andai kata aku salah satu tetamu Mu Ya Allah, aku minta di permudahkan segala urusan. Amin

Kisah ini aku kongsi dengan ma, kakak. Ma pesan, insyaAllah ada rezeki sampai juga kita ke sana. Tanpa aku sedari airmata aku mencurah-curah keluar. Mungkin juga air mata kegembiraan kerana dapat merasakan keadaan di sana walaupun mimpi dan mungkin juga air mata  kesedihan sebab ianya hanya mimpi. Sebak hati ini saat menceritakan pada ma hanya Allah saja yang tahu. Tiba-tiba aku menjadi emosi pada malam itu. Ya Allah mungkin juga ianya satu petunjuk untuk aku berubah. 
IsnyaAllah perlahan-lahan aku akan ubah diri ku agar daripada baik kepada lebih baik, mungkin tidak secara drastik tapi insyaAllah aku akan cuba. Aku berharap sangat aku akan istiqamah. Amin Ya Rabbal Alamin.